ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Pernyataan Yang Dibuat Dalam Hal Keadaan Khas



Seksyen 24. Pernyataan dalam peta, carta, dan pelan adalah qarinah.

Pernyataan mengenai fakta persoalan atau fakta relevan yang dibuat dalam peta atau carta yang diterbitkan dan pada amnya ditawarkan untuk dijual kepada awam, atau dalam peta atau pelan yang dibuat dengan kuasa Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri mengenai perkara yang pada biasanya ditunjukkan atau dinyatakan dalam peta, carta, atau pelan itu adalah dengan sendirinya qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.