ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN V - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 116. Pendaftaran.

(1) Pendaftar bagi satu Daerah hendaklah mendaftarkan semua nikah yang telah dijalankan oleh mana-mana Juru Nikah kawasan Daerahnya dan setelah disempurnakan segala bayaran-bayaran pendaftaran yang ditentukan dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh pernikahan itu, kecuali ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

(2) Hendaklah menjadi kewajipan Pendaftar bagi Daerah sebelum mendaftarkan mana-mana nikah membuat siasatan sehingga ia berpuashati bahawa segala kehendak Hukum Syarak dan Enakmen ini berkenaan dengannya telahpun dituruti, dan juga nikah itu sah dan boleh didaftarkan.

(3) Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat akuan nikah itu, satu salinan kepada suami dan satu salinan yang lain kepada isteri, manakala surat asal akuan nikah hendaklah disimpan oleh Pendaftar bagi Daerah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.