ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab XVI - DARIHAL KEBEBASAN-KEBEBASAN ATAU SABITAN-SABITAN YANG DAHULU



Seksyen 137. Akuan dari satu pembebasan atau sabitan dahulu.

(1) Akuan dari satu pembebasan atau sabitan dahulu bolehlah dikemukakan sama ada secara lisan atau bertulis dan boleh di dalam bentuk atau bermaksud seperti berikut-

Yang dituduh berkata bahawa menurut seksyen 136 dari Enakmen Acara Jenayah Syariah 1988 dia adalah tidak bertanggungjawab untuk dibicarakan.

(2) Akuan berkenaan boleh dikemukakan bersama dengan mana-mana akuan lain, tetapi persoalan yang ditimbulkan oleh akuan berkenaan hendaklah dibicarakan dan diselesaikan sebelum persoalan yang ditimbul oleh akuan itu dibicarakan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.