ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN VII - PERKARA WANG
Kira-kira



Seksyen 117. Anggaran.


(1) Majlis hendaklah menyediakan dan menyembahkan kepada Raja dalam Mesyuarat tidak lewat daripada 31hb Oktober dalam tiap-tiap tahun anggaran-anggaran bagi segala pendapatan dan perbelanjaan Majlis termasuk di dalamnya anggaran-anggaran bagi segala harta yang boleh diterima dan yang boleh dilepaskan bagi tahun hadapan. Raja dalam Mesyuarat boleh meluluskan anggaran itu atau boleh mengarahkan bagi ianya dipinda. Selepas diluluskan atau dipinda, maka anggaran-anggaran tersebut hendaklah diisytiharkan dalam Warta Kerajaan.

(2) Majlis boleh pada bila-bila masa juapun menyembahkan kepada Raja dalam Mesyuarat anggaran-anggaran tambahan bagi perbelanjaan bagi tahun yang masih berjalan atau, pada bila-bila masa sebelum 31hb Mac, dalam mana-mana tahun bagi tahun sebelumnya itu dan ianya boleh diluluskan dan dipinda dan hendaklah diisytiharkan dengan cara yang sama.

Wang-wang tidaklah boleh dibelanjakan atau harta dilepaskan melainkan mengikut sebagaimana anggaran yang tersebut di atas ini dan dengan baucer yang ditandatangani oleh Yang di-Pertua atau Setiausaha.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.