ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991
BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB II - Mahkamah Jenayah
Seksyen 8. Bila orang awam mesti menolong Hakim, Penguatkuasa Agama dan Polis.
Tiap-tiap orang mestilah menolong Hakim, Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai Polis, jika mereka itu secara munasabah meminta bantuan kerana-
(a) menangkap atau menahan daripada melepaskan diri mana-mana orang yang mana Hakim, Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis itu berkuasa menangkapnya; atau
(b) di dalam mencegah satu gangguan keamanan yang timbul daripadanya tindakan untuk menangkapnya atau menahannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.