ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 155. Rayuan terhadap pembebasan, tertuduh boleh ditangkap.

Apabila sesuatu rayuan dikemukakan terhadap pembebasan, Mahkamah Rayuan Syariah boleh mengeluarkan waran mengarahkan supaya orang yang dituduh ditangkap dan dibawa ke hadapannya, dan boleh menahannya di penjara sehingga rayuan itu diselesaikan atau membenarkan jaminan kepadanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.