ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 90. Mahkamah akan memutuskan kebolehterimaan keterangan.

(1) Apabila salah satu pihak bercadang hendak memberi keterangan mengenai sesuatu fakta, Mahkamah bolehlah bertanya kepada pahak yang bercadang hendak memberi keterangan itu bagaimanakah fakta yang dikatakan itu, jika dibuktikan, akan menjadi qarinah; dan Mahkamah hendaklah menerima keterangan itu jika difikirkannya bahawa fakta itu, jika dibuktikan, akan menjadi qarinah, dan tidak selainnya.

(2) Jika fakta yang dicadang hendak dibuktikan itu adalah suatu fakta yang keterangan mengenainya boleh diterima hanya setelah sesuatu fakta lain dibuktikan, maka fakta yang kemudian tersebut itu, mestilah dibuktikan sebelum keterangan diberi mengenai fakta yang mula-mula tersebut itu, melainkan jika pihak itu mengaku janji hendak membuktikan fakta itu dan Mahkamah berpuas hati dengan akujanji itu.

(3) Jika kerelevanan suatu fakta yang dikatakan adalah bergantung kepada terbuktinya terlebih dahulu suatu fakta lain yang dikatakan, maka Mahkamah boleh, menurut budibicaranya, sama ada membenarkan keterangan mengenai fakta yang pertama itu diberikan sebelum fakta yang kedua itu dibuktikan, ataupun menghendaki supaya keterangan diberikan mengenai fakta yang kedua itu sebelum keterangan diberi mengenai fakta yang pertama itu.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.