ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XX - PERLAKSANAAN



Seksyen 146. Kumpulan wang dalam Mahkamah.

Apa-apa wang, atau kumpulan wang yang dilaburkan atau harta-harta lain, harta-harta kepunyaan penghutang penghakiman yang tersimpan dalam Mahkamah yang memberi penghakiman itu boleh, jika suatu perintah untuk pelaksanaan telah dibuat, digunakan dengan kebenaran Mahkamah untuk menjelaskan hutang penghakiman itu. Harta-harta selain daripada wang boleh untuk tujuan tersebut diperintah supaya dijual.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.