ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI



Seksyen 107. Pengiktirafan perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Terengganu.

(1) Sesuatu perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Malaysia, lain daripada perkahwinan yang diakadnikahkan di sesuatu Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul Malaysia di bawah seksyen 22, hendaklah diiktiraf sebagai sah bagi segala maksud Enakmen ini jika ia adalah sah menurut Hukum Syara'.

(2) Sesuatu perkahwinan orang Islam yang dilakukan di mana-mana Negeri lain di Malaysia hendaklah diiktiraf sebagai sah bagi segala maksud Enakmen ini jika ia adalah sah di bawah undang-undang Negeri itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.