ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Hadhanah atau Penjagaan Kanak-kanak
Seksyen 84. Bagaimana hak penjagaan hilang.
Hak seseorang perempuan terhadap hadhanah adalah hilang
(
a
) jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;
(
b
) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;
(
c
) jika perempuan itu menukar permastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;
(
d
) jika perempuan itu
murtad;
(
e
) jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.