ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
BILA PENDAPAT ORANG KETIGA RELEVAN



Seksyen 33. Pendapat pakar.

(1) Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang suatu perkara mengenai undang-undang asing atau mengenai sains atau seni, atau tentang identiti atau ketulinan tulisan tangan atau cap jari atau berhubungan dengan penentuan nasab, pendapat tentang perkara itu oleh pakar dalam undang-undang negara asing, sains atau seni, atau dalam soal identiti atau ketulinan tulisan tangan atau cap jari atau berhubungan dengan penentuan nasab adalah qarinah.

(2) Orang yang seumpama itu adalah dinamakan pakar.

(3) Dua orang pakar atau lebih hendaklah dipanggil untuk memberi keterangan tetapi jika dua orang pakar tidak boleh didapati, keterangan seorang pakar adalah memadai. Jika dua orang pakar memberi pendapat berlainan pakar yang ketiga hendaklah dipanggil untuk memberi keterangan.


MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.