ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 236. Perakuan pakar.

(1) Di dalam mana-mana prosiding Mahkamah boleh, jika ia fikirkan patut, menerima keterangan dan bertindak atas perakuan mana-mana akauntan, aktuari, arkitek, ahli sains, ahli kimia, jurutera, pengawai perubatan, jurukur atau lain-lain pakar, dan boleh menerima sebagai keterangan apa-apa akaun, analisa, pelan, rajah, atau dokumen berkaitan dan dikenalpasti oleh perakuan itu. Apabila menerima keterangan itu Mahkamah hendaklah memaklumkan kepada pihak-pihak mengenai haknya menyoal-balas di bawah subseksyen 2.

(2) Mana-mana pihak suci hati yang ingin menyoal-balas apa-apa perkara sedemikian hendaklah diberi peluang untuk memeriksa-balas sedemikian tetapi selepas daripada itu boleh diarah untuk membayar apa-apa perbelanjaan yang berkaitan dengan pemeriksaan-balas itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.