ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN XIV - SULH, PENYELESAIAN DAN TARIK BALIK
Seksyen 88. Penyelesaian.
(1) Apabila sesuatu tindakan telah diselesaikan mengikut perjanjian pihak-pihak-
(
a
) Mahkamah atau Pendaftar boleh pada bila-bila masa dengan keizinan pihak-pihak mencatatkan kebenaran penyelesaian itu dengan atau tanpa mencatat syarat-syaratnya; atau
(
b
) mana-mana pihak kepada penyelesaian itu boleh memohon supaya penyelesaian itu dicatatkan dan Mahkamah, jika berpuas hati selepas mendengar pihak-pihak bahawa tindakan itu telah diselesaikan, hendaklah mencatatkan penyelesaian itu dan syarat-syaratnya;
(
c
) catatan penyelesaian itu hendaklah menjadi pembelaan
res judicata
kepada prosiding kemudiannya.
(2) Mana-mana pihak kepada sesuatu tindakan yang telah diselesaikan boleh mendapat satu salinan sah mengenai penyelesaian yang dicatatkan itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.