ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
PERLANTIKAN DAN PENUBUHAN MAHKAMAH



Seksyen 59. Had kuasa Mahkamah Kadi.

(1) Mahkamah Kadi hendaklah berkuasa di seluruh Negeri dan hendaklah diketuai oleh Kadi.

(2) Tertakluk kepada peruntukan Enakmen ini Mahkamah Kadi hendaklah berkuasa di atas perkara jenayah atau mal atau lain-lain jenis perkara yang disebutkan kemudian daripada ini yang timbul di dalam kawasan bidangkuasa yang terdahulu daripada ini, atau jika kawasan itu tidak ditentukan, di dalam Negeri Johor, dan hendaklah diketuai oleh Kadi yang dilantik baginya.

(3) Mahkamah Kadi hendaklah:


(4) Tanpa menyentuh kuasa-kuasa sebagai Pengerusi Mahkamah Rayuan di bawah seksyen 62, Kadi Besar hendaklah mempunyai bidangkuasa yang sama dengan mana-mana Kadi di dalam pembicaraan mal atau jenayah dan pengeluaran sebarang proses mahkamah yang diperuntukkan di bawah Enakmen ini.

(5) Tiada keputusan atau hukuman Mahkamah Kadi boleh menyentuh hak-milik orang-orang yang bukan berigama Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.