ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN V - KEWANGAN
Zakat dan Fitrah



Seksyen 72. Taksiran zakat.

(1) Majlis hendaklah menyediakan, dari semasa ke semasa sebagaimana dia fikirkan perlu, taksiran-taksiran berkenaan dengan orang-orang yang kena membayar zakat, menunjukkan kadar dan banyaknya serta tempoh masa mereka itu kena bayar, dan menyampaikan taksiran-taksiran itu kepada mereka.

(2) Majlis hendaklah berkuasa untuk mendapat apa-apa maklumat daripada mana-mana orang yang menganut Agama Islam yang boleh dikenakan membayar zakat atau fitrah.





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.