ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXIX - KOS, ELAUN DAN FEE MAHKAMAH



Seksyen 216. Saksi pakar.

(1) Seorang yang perlu menghadiri Mahkamah sebagai saksi pakar boleh dibenarkan pembayaran fee kerana kelayakan menjadi seorang pakar dan kerana memberi keterangan, tetapi kadar feenya tidak kurang $75.00 kerana kelayakannya dan bagi tiap-tiap hari ia hadir di Mahkamah kecuali atas alasan-alasan yang istimewa.

(2) Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 215 keperluan menghadiri Mahkamah hendaklah ditentukan mengikut lamanya sesuatu perbicaraan itu biasa dijalankan. Kehadirannya boleh menjadi perlu walaupun saksi itu tidak sebenarnya dipanggil dan walaupun sepina tidak dikeluarkan kepadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.