ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002
BAHAGIAN VII - INTERPLIDER
Seksyen 62. Perbicaraan isu interplider.
(1) Bahagian
XV hendaklah, dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu, terpakai berhubungan dengan isu interplider sebagaimana Bahagian itu terpakai berhubungan dengan apa-apa kausa atau perkara lain.
(2) Mahkamah yang membicarakan isu interplider
boleh memberikan apa-apa penghakiman atau membuat apa-apa perintah yang akan dapat dengan muktamad membereskan segala soalan yang berbangkit dalam prosiding interplider itu.
(3) Penghakiman itu mestilah dalam salah satu bentuk dalam Borang MS 15.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.