ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT



Seksyen 57. Pemeriksaan saksi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama.

(1) Seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat suatu penyiasatan di bawah Bab ini boleh memeriksa dengan lisan mana-mana orang yang dianggap mengetahui fakta-fakta dan hal-keadaan kes itu dan hendaklah merekodkan apa-apa kenyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian itu.

(2) Orang tersebut hendaklah menjawab segala soalan berhubung dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai itu.

(3) Seseorang yang membuat sesuatu penyataan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab dengan benar sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada pernyataan itu dibuat bagi menjawab soalan.

(4) Seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan kepada orang itu peruntukan subseksyen (2) dan (3).

(5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah seberapa boleh direkodkan dan ditandatangani atau dicap jari di hadapan dua orang saksi oleh orang yang membuatnya, selepas pernyataan itu dibaca balik kepadanya di dalam bahasa yang ia telah dibuat dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia kehendaki.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.