ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN II - PENUBUHAN DAN PENTADBIRAN



Seksyen 12. Perwakilan fungsi-fungsi.

(1) Ketua Penolong Setiausaha boleh menjalankan apa-apa fungsi Setiausaha di bawah Enakmen ini yang bukannya suatu fungsi yang boleh dijalankan melalui perintah statutori atau yang boleh dijalankan di bawah seksyen 80 kecuali fungsi-fungsinya di bawah seksyen 13 (1).

(2) Setiausaha boleh melalui surat yang ditandatangani membenarkan mana-mana pegawai awam, tertakluk kepada apa-apa pengecualian atau batasan yang terkandung dalam surat kebenaran itu, supaya menjalankan atau membantu dalam menjalankan apa-apa fungsi Setiausaha di bawah Enakmen ini.

(3) Jika seseorang pegawai awam menjalankan mana-mana daripada fungsi Setiausaha menurut kuasa mana-mana peruntukan subseksyen (1) hingga (2), maka dia hendaklah berbuat sedemikian tertakluk kepada penyeliaan dan kawalan am Setiausaha.

(4) Perwakilan menurut atau di bawah mana-mana peruntukan subseksyen (1) hingga (2) tentang perjalanan mana-mana fungsi Setiausaha itu tidak menghalang Setiausaha daripada menjalankan dengan sendiri fungsi itu.

(5) Sebutan-sebutan dalam Enakmen ini mengenai Setiausaha hendaklah ditafsirkan, berhubungan dengan apa-apa jua hal di mana seorang pegawai awam diberi kuasa oleh mana-mana peruntukan subseksyen (1) hingga (2) untuk menjalankan fungsi-fungsi Setiausaha, sebagai termasuk sebutan-sebutan mengenai pegawai tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.