ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN XVII - PERBICARAAN
Seksyen 115. Ketidak hadiran pihak.
(1) Jika pada hari pendengaran-
(
a
) pihak-pihak tidak hadir, kes itu boleh dibuang;
(
b
) defendan tidak hadir, Mahkamah boleh (setelah dibuktikan penyampaian saman disempurnakan mengikut Hukum Syarak) mendengar dan memutuskan kes itu semasa ketidakhadirannya: Dengan syarat bahawa plaintif hendaklah mengangkat sumpah (Yamin Istizhar); atau
(
c
) plaintif tidak hadir, tuntutan boleh dibuang dan Mahkamah boleh mendengar dan memutuskan mana-mana tuntutan balas.
(2) Mahkamah boleh mengikut budi bicaranya dalam mana-mana kes tersebut memerintahkan penangguhan.
(3) Jika terdapat lebih daripada satu plaintif atau defendan, dan seorang sahaja hadir, Mahkamah boleh mendengar tindakan itu terhadap pihak yang hadir.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.