ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN V - KEWANGAN



Seksyen 70. Wakaf dan nazar.

Walau apapun peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau melibatkan perkara itu, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi semua wakaf sama ada wakaf am atau wakaf khas, semua nazar am, dan semua amanah daripada segala perihal yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak, setakat yang mengenai harta yang terlibat itu dan yang terletak di dalam Negeri Pahang dan, jika pembuat penyelesaian harta itu atau orang-orang lain yang mewujudkan amanah, wakaf atau nazar am itu berdomisil di Negeri Pahang, setakat yang mengenai harta yang terlibat olehnya itu di mana jua harta itu terletak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.