ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983


JADUAL PERTAMA

(Seksyen 16)

PERKAHWINAN YANG DILARANG


Tiada seorang lelaki boleh kerana nasab berkahwin dengan orang-orang berikut:

1. Ibu.
2. Nenek hingga ke atas sama ada dari sebelah bapa atau dari sebelah ibu.
3. Anak perempuan dan cucu perempuan hingga ke bawah.
4. Saudara perempuan seibu sebapa, saudara perempuan sebapa dan saudara perempuan seibu.
5. Anak perempuan kepada saudara lelaki atau saudara perempuan hingga ke bawah.
6. Emak saudara sebelah bapa (Ammah) hingga ke atas.
7. Enak saudara sebelah ibu (Khalah) hingga ke atas.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.