ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN V - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 47. Pemakaian undang-undang Persekutuan Tanah Melayu Bilangan 36/50.


(1) Ordinan (Nafkah) Perempuan Bersuami dan Kanak-kanak 1950, hendaklah tidak dipakai di dalam Negeri Kelantan kepada seseorang yang berugama Islam dan isterinya atau anaknya yang berugama Islam melainkan berkenaan dengan nafkah kanak-kanak di luar nikah.

(2) Bahagian ini daripada Enakmen ini hendaklah terpakai hanya kepada tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh seseorang Islam terhadap orang Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.