ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001
BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB 2 - ORANG TAK BERKEUPAYAAN
Seksyen 26. Peruntukan am tentang ketakupayaan.
Jika plaintif ialah seorang orang tak berkeupayaan-
(a)
tiada penyelesaian atau kompromi boleh menjadi sah tanpa keizinan Mahkamah;
(b)
semua wang atau harta lain yang diperoleh untuk plaintif dalam, atau berbangkit daripada, tindakan itu hendaklah dibayar ke dalam Mahkamah atau didepositkan di Mahkamah melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.