ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 197. Memecah rahsia.

Barang siapa, dengan melanggar peruntukan-peruntukan Enakmen ini atau mana-mana kaedah, peraturan, atau perintah yang diperbuat di bawahnya, dengan tidak sepatutnya menyatakan atau membukakan sesuatu perkara, yang menjadi kewajipannya merahsiakannya, kepada sesiapa yang tidak berhak di sisi undang-undang untuk diberitahu hal itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi seribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.