ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN DAN LAIN-LAIN HARTA ALIH DAN BAGI PENEMUAN ORANG YANG DlKURUNG DENGAN SALAH
Waran Geledah



Seksyen 46. Bentuk waran geledah.

(1) Tiap-tiap waran geledah yang dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah di bawah Kanun ini hendaklah dibuat dalam Borang 4 seperti yang dinyatakan dalam Jadual dan ditandatangani oleh Hakim dan hendaklah mengandungi mohor atau cap Mahkamah.

(2) Tiap-tiap waran sedemikian hendaklah berkuatkuasa selama sebilangan hari yang munasabah yang hendaklah dinyatakan dalam waran itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.