ENAKMEN 11 TAHUN 1988
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM 1988

BAHAGIAN III - PENGUATKUASAAN DAN PELBAGAI



Seksyen 12. Kuasa untuk menangkap.

(1) Mana-mana pegawai bertauliah boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang disyaki telah melakukan sesuatu kesalahan di bawah Enakmen ini yang, mengikut Kanun Acara Jenayah [N.M.B. Bab 6.], adalah kesalahan yang boleh ditangkap.

(2) Apabila pegawai bertauliah menjalankan kuasa-kuasanya untuk menangkap di bawah sub-seksyen (1), dia hendaklah menyatakan jawatan atau kuasanya dan mengemukakan kepada mana-mana orang yang sedang diperiksanya, suatu kad kuasa yang akan ditetapkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darulaman.

(3) Seorang pegawai bertauliah boleh meminta bantuan mana-mana pegawai polis untuk membantunya ketika menjalankan kuasa-kuasanya di bawah sub-seksyen (1), dan adalah menjadi tugas setiap pegawai polis untuk mematuhi dengan mana-mana permintaan tersebut.

(4) Seorang pegawai bertauliah yang membuat tangkapan di bawah sub-seksyen (1) hendaklah tanpa kelengahan yang tak perlu menyerahkan orang yang ditangkap itu kepada pegawai polis atau membawa orang tersebut ke balai polis yang terdekat; dan peruntukan-peruntukan Kanun Acara Jenayah hendaklah terpakai kepada orang yang ditangkap itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.