ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Pihak Berkuasa Dalam Hal Ehwal Agama.



Seksyen 9. Perlantikan sementara.

(1) Jika sekiranya atas sebab ketiadaan sementara ataupun atas sebab keuzuran mana-mana ahli mesyuarat Majlis, Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Menteri besar, boleh melantik seseorang bagi sementara waktu menggantikannya.

(2) Perlantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah tamat tujuh hari selepas ahli sebenar memberi notis bertulis kepada Pengerusi akan meneruskan tugasnya semula.

(3) Satu salinan notis di bawah subseksyen (2) hendaklah juga diberi kepada ahli sementara.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.