ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 73. Beban membukti.

(1) Sesiapa yang berkehendakkan Mahkamah memberi penghakiman tentang apa-apa jua hak atau liabiliti di sisi undang-undang dengan bergantung atas wujudnya fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.

(2) Apabila seseorang terpaksa untuk membuktikan wujudnya sesuatu fakta, maka adalah dikatakan bahawa beban membuktikan adalah terletak pada orang itu.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.