ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
KEWANGAN



Seksyen 75. Anggaran.

(1) Majlis hendaklah menyediakan dan menyembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan tidak lewat dari 31hb. Oktober pada setiap tahun anggaran bagi semua pendapatan dan perbelanjaan Majlis, termasuklah anggaran bagi segala harta yang akan diterima dan dilupuskan bagi tahun yang berikut. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan boleh meluluskan anggaran itu atau memerintahkan ianya dipinda. Apabila dilulus atau dipinda, maka anggaran-anggaran tersebut hendaklah disiarkan dalam Warta.

(2) Majlis boleh, pada bila-bila masa, menyembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan, anggaran perbelanjaan tambahan bagi tahun semasa atau pada bila-bila masa sebelum 31hb. Mac dalam mana-mana tahun bagi tahun yang lalu dan tambahan itu boleh diluluskan atau dipinda dan hendaklah disiarkan dengan cara yang sama.

(3) Wang hendaklah dibelanjakan atau harta dilupuskan mengikut anggaran-anggaran yang diluluskan dan dengan menggunakan baucer yang ditandatangani oleh Timbalan Yang Dipertua, atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Timbalan Yang Dipertua.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.