ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 163. Persoalan yang dikhaskan untuk Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Apabila mana-mana orang telah disabitkan atas sesuatu kesalahan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada menjalankan bidang kuasa jenayah asalnya, Hakim itu boleh, jika dia fikirkan patut, mengkhaskan untuk keputusan Mahkamah Rayuan Syariah apa-apa persoalan undang-undang yang telah timbul semasa perjalanan perbicaraan orang itu dan yang penentuannya akan menyentuh perjalanan perbicaraan itu.

(2) Orang yang disabitkan sedemikian hendaklah sesudah itu ditahan di penjara atau, jika Hakim fikirkan patut, dibenarkan mengikat jamin.

(3) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mengkaji semula kes tersebut, atau mana-mana bahagiannya sebagaimana yang perlu, dan dengan muktamadnya menentukan persoalan itu dan sesudah itu boleh mengubah hukuman yang dijatuhkan dan menjatuhkan apa-apa hukuman atau membuat apa-apa penghakiman atau perintah sebagaimana yang Mahkamah Rayuan Syariah fikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.