ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 60. Pernyataan kepada PegawaiPenguatkuasa Agama tidak boleh diterima dalam keterangan.

(1) Pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dalam masa penyiasatan yang dijalankan di bawaj Bab ini tidaklah boleh, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, digunakan sebagai keterangan.

(2) Apabila mana-mana saksi dipanggil untuk pihak pendakwa atau pihak pembela, selain daripada yang dituduh, Mahkamah hendaklah atas permintaan orang yang dituduh itu atau Ketua Pendakwa Syarie merujuk kepada apa-apa kenyataan yang telah dibuat oleh saksi itu kepada seorang Pegawai Penguatkuasa Agama dalam masa penyiasatan yang dijalankan di bawah bab ini, dan boleh kemudiannya, jika Mahkamah fikirkan patut demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya orang yang dituduh itu diberi suatu salinannya dan pernyataan itu boleh digunakan bagi mencabar saksi itu dengan cara yang diperuntukkan oeh Ordinan Keterangan Syariah, 1991[Ordinan No. 9/91].

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai kepada apa-apa pernyataan yang dibuat dalam masa perbarisan cam atau yang termasuk di bawah seksyen 20(1)(a) Ordinan Keterangan Syariah, 1991.

(4) Apabila mana-mana orang yang dipertuduhkan atas apa-apa kesalahan berhubung dengan pernyataan palsu yang dibuat olehnya kepada seorang Pegawai Penguatkuasa Agama dalam masa penyiasatan di bawah Bab ini maka pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam pendakwaan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.