ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Tangkap



Seksyen 33. Waran kepada siapa diarahkan.

(1) Sesuatu waran tangkap hendaklah pada lazimnya diarahkan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dan semua Penolong Pegawai Penguatkuasa Agama, dan mana-mana pegawai tersebut boleh melaksanakan waran itu di mana-mana bahagian di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan.

(2) Mahkamah yang mengeluarkan sesuatu waran boleh mengarahkannya kepada Ketua Polis Negeri dan semua pegawai polis lain di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan atau mana-mana orang atau orang-orang yang dinamakan dan semua atau salah seorang atau lebih daripada mereka bolehlah melaksanakan waran tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.