ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001
BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 5 - PERUNTUKAN TENTANG BON
Seksyen 198. Deposit sebagai ganti bon.
Jika mana-mana orang dikehendaki oleh mana-mana Mahkamah atau pegawai supaya menyempurnakan suatu bon, Mahkamah atau pegawai itu boleh, kecuali dalam hal bon bagi kelakuan baik, membenarkannya mendepositkan sejumlah wang mengikut apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Mahkamah, sebagai ganti menyempurnakan bon itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.