ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH



Seksyen 8. Motif, persediaan dan kelakuan yang dahulu atau yang kemudian.

(1) Sesuatu fakta yang menunjukkan atau menjadikannya sesuatu motif atau persediaan bagi sesuatu fakta persoalan atau fakta yang relevan adalah qarinah.

(2) Kelakuan sesuatu pihak atau seseorang ejen kepada mana-mana pihak, dalam sesuatu guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding itu, atau berkenaan dengan apa-apa sesuatu fakta persoalan di dalamnya atau yang relevan dengannya, dan kelakuan sesuatu orang seseorang yang kesalahan terhadapnya menjadi perkara mana-mana prosiding, adalah qarinah jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan dan sama ada ia adalah terdahulu atau selepasnya.

MISALAN

    (a)
Soalnya ialah sama ada sesuatu dokumen adalah wasiat A.

Fakta bahawa tidak lama sebelum tarikh wasiat yang dikatakan itu, A. telah menyiasat berkenaan dengan perkara kepadanya peruntukan-peruntukan wasiat yang dikatakan itu berkaitan dalam wasiat itu, bahawa ia telah berunding dengan peguam berkenaan dengan hal membuat wasiat itu, dan bahawa ia telah menyebabkan draf wasiat lain disediakan yang mana ia tidak mempersetujui adalah
qarinah.

    (b)
Soalnya ialah sama ada A. telah melakukan sesuatu jenayah.

Fakta A. telah melarikan diri selepas menerima sepucuk surat yang memberi amaran kepadanya bahawa siasatan sedang dijalankan bagi mengesan penjenayah itu dan kandungan surat itu adalah
qarinah.

    (c)
A. dituduh melakukan sesuatu jenayah.

Fakta bahawa selepas berlakunya jenayah yang dikatakan itu dia melarikan diri, atau ada dalam milikannya harta atau hasil harta yang telah diperolehi dengan jalan jenayah itu, atau telah mencuba menyembunyikan benda yang telah atau mungkin telah digunakan dalam melakukan jenayah itu adalah
qarinah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.