ENAKMEN 9 TAHUN 1988
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 21. Menjual atau memberi anak.

(1) Mana-mana ibubapa atau penjaga yang didapati menjual, memberi atau menyerahkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaannya kepada seseorang yang bukan beragama Islam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2) Penjualan, pemberian atau penyerahan yang sedemikian itu adalah tidak sah dan Mahkamah boleh memerintahkan supaya anak itu diserahkan kepada jagaan mana-mana orang yang layak atau rumah kebajikan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.