ORDINAN 46 TAHUN 2001
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2001

BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI



Seksyen 30. Pemungutan zakat atau fitrah tanpa kuasa.

Mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah atau menyebabkan dipungut zakat atau fitrah tanpa dia dilantik sebagai amil atau selainnya diberi kuasa oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya pungutan itu dirampas dan dibayar ke dalam Baitulmal yang ditubuhkan di bawah seksyen 45 Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001 [Bab 41].




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.