ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Ordinan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"anak dara" ertinya seorang perempuan yang belum pernah bersetubuh, sama ada sudah berkahwin atau belum;

"balu" ertinya perempuan yang suaminya telah mati;

"bermastautin" ertinya tinggal tetap atau pada kelazimannya tinggal dalam sesuatu kawasan yang tertentu;

"darar syarie" ertinya bahaya yang menyentuh isteri mengenai agama, nyawa, tubuh badan, akal fikiran, maruah atau hartabenda mengikut kebiasaan yang diakui oleh Hukum Syarak;

"duda" ertinya lelaki yang isterinya telah mati;

"fasakh" ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu hal keadaan yang diharuskan oleh Hukum Syarak mengikut seksyen 51;


"Hakim Syarie" ertinya seorang Hakim yang dilantik di bawah seksyen 6 Ordinan Mahkamah Syariah, 1991[Ordinan No. 4/91.], dan termasuk Ketua Hakim Syarie;

"harta sepencarian" ertinya harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak;

"Hukum Syarak" ertinya undang-undang Islam dalam mana-mana mazhab yang sah;

"janda" ertinya perempuan yang telah bernikah dan diceraikan setelah bersetubuh;

"Ketua Pendaftar" ertinya Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam yang dilantik di bawah seksyen 26;


"Mahkamah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah Ordinan Mahkamah Syariah, 1991[Ordinan No. 4/91.];

"majikan" ertinya seorang yang olehnya, sebagai seorang prinsipal dan bukan sebagai seorang penjawat atau ejen, pendapatan tenaga yang terkena dibayar kepada seseorang pihak kena tuntut, dan rujukan kepada pembayaran pendapatan tenaga hendaklah diertikan dengan sewajarnya;


"Majlis" ertinya Majlis Islam Sarawak yang ditubuhkan di bawah seksyen 5 Ordinan Majlis Islam (Perbadanan);

"mas kahwin" ertinya pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syarak, dapat dinilai dengan wang;

"mut'ah" ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan;

"nasab" ertinya keturunan yang berasaskan pertalian darah yang sah;

"Ordinan Mahkamah Syariah" ertinya Ordinan Mahkamah Syariah, 1991, bagi Negeri Sarawak;

"Pendaftar" ertinya seorang Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam yang dilantik di bawah seksyen 26, dan termasuk Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar;

"pendapatan-tenaga", berhubung dengan seseorang pihak kena tuntut, ertinya apa-apa wang yang kena dibayar-

"perintah tahanan pendapatan-tenaga" ertinya sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 80;

"persetubuhan syubhah" ertinya persetubuhan yang dilakukan di atas anggapan sah akad nikah akan tetapi sebenarnya akad itu tidak sah (fasid) atau persetubuhan yang berlaku secara tersilap dan termasuk mana-mana persetubuhan yang tidak dihukum Hadd dalam Islam;

"pihak kena tuntut", berhubungan dengan sesuatu perintah nafkah atau sesuatu perintah tahanan pendapatan tenaga yang berkaitan, ertinya orang yang kena membuat pembayaran menurut perintah nafkah;

"ruju
'" ertinya perkembalian kepada nikah yang asal;

"sesusuan" ertinya penyusuan bayi dengan perempuan yang bukan ibu kandungnya sekurang-kurangnya sebanyak lima kali yang mengenyangkan dalam masa umurnya dua tahun ke bawah;

"ta'liq" ertinya lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak dan peruntukan Ordinan ini;

"tak sah taraf", berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah;

"tarikh ditetapkan" ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah seksyen 1 (2) untuk mula berkuatkuasanya Ordinan ini;

"thayyib" ertinya perempuan yang pernah bersetubuh;

"wali Hakim" ertinya wali yang ditauliahkan di bawah seksyen 6 (3);

"Yang di-Pertua Majlis" mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepadanya dalam Ordinan Majlis Islam (Perbadanan)[Bab 105.].

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Ordinan ini dan yang tidak ditakrifkan dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Ordinan Tafsiran hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing oleh Ordinan itu[].

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Ordinan ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada bentuk skrip bahasa Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu[
Bab 1.].




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.