ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 7 - SAKSI



Seksyen 86. Bilangan saksi.

(1) Keterangan dalam kes zina yang membawa kepada hukum hudud tidak boleh diterima kecuali ia disaksikan oleh empat orang lelaki.

(2) Dakwaan seorang yang dikenali seorang kaya bahawa dia telah menjadi papa tidak boleh diterima kecuali ia disokong oleh tiga orang saksi lelaki.


(3) Dalam perkara melihat anak bulan keterangan seorang lelaki yang adil adalah layak diterima.

(4) Keterangan seorang lelaki dalam keadaan yang berikut adalah boleh diterima -


(5) Keterangan seorang perempuan adalah layak diterima dalam perkara yang biasa dilihat oleh seseorang perempuan.

MISALAN
(6) Di dalam perkara-perkara selain daripada yang disebut di atas, syahadah hendaklah diberi oleh dua orang saksi lelaki atau seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.