ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VII - KESALAHAN



Seksyen 116. Memiliki buku-buku, majalah-majalah dan lain-lain bertentangan dengan Hukum Syarak.

Sesiapa ada dalam kawalannya, simpanannya atau miliknya buku-buku, majalah-majalah, dokumen-dokumen, filem-filem atau surat-surat yang mengandungi ajaran, fatwa atau penetapan yang bertentangan dengan Hukum Syarak atau dengan mana-mana fatwa yang telah dikeluarkan di dalam Negeri ini oleh atau bagi pihak Majlis adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan dikenakan denda tidak melebihi empat ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.