ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
Bab XXVII - AM



Seksyen 198. Perintah membayar kos pendakwaan dan pampasan.

(1) Mahkamah yang mensabitkan seseorang mengenai suatu jenayah atau kesalahan boleh, mengikut budibicaranya, membuat mana-mana perintah berikut terhadapnya-
(2) Mahkamah hendaklah menentukan kepada siapa jumlah wang yang ditetapkan sebagai kos atau pampasan itu harus dibayar dan peruntukan seksyen 199 hendaklah dikenakan kepada perintah yang dibuat di bawah seksyen ini.

(3) Mahkamah boleh mengarahkan sama ada perintah membayar kos atau perintah membayar pampasan mempunyai keutamaan dan jika tidak ada arahan dibuat, perintah membayar kos hendaklah mempunyai keutamaan daripada perintah membayar pampasan.

(4) Setakat jumlah yang dibayar kepada seseorang atau wakilnya di bawah perintah membayar pampasan, tuntutan orang itu atau wakilnya untuk mendapat ganti rugi akibat dari jenayah atau kesalahan itu hendaklah dianggapkan diberi dengan memuaskan, akan tetapi perintah itu tidak menyentuh hak orang itu membawa tuntutan sivil untuk mendapat balik harta atau untuk mendapat ganti rugi lebih dari jumlah pampasan yang diberi di bawah perintah itu.

(5) Rayuan boleh dibuat terhadap semua perintah yang dibuat oleh Kadi di bawah seksyen ini kepada Mahkamah Rayuan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.