ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN VIII - PENDIDIKAN AGAMA



Seksyen 94. Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Agama.

(1) Majlis hendaklah melantik sebuah jawatankuasa dikenali sebagai Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Agama yang terdiri daripada---
(2) Setiausaha Majlis atau mana-mana Pegawai yang diberi kuasa oleh Majlis hendaklah menjadi Setiausaha Jawatankuasa dan hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan Jawatankuasa.

(3) Jawatankuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan tauliah bagi maksud mengajar mengenai apa-apa aspek Agama Islam dan juga untuk menarik balik tauliah tersebut.

(4) Majlis dengan kelulusan Yang di-Pertuan Besar boleh membuat kaedah-kaedah bagi memperuntukkani----
(5) Setiap kebenaran bertulis yang dikeluarkan atau yang telah dikeluarkan bagi maksud Enakmen ini hendaklah dianggap sebagai tauliah yang diberi di bawah seksyen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.