ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
PERLANTIKAN DAN PENUBUHAN MAHKAMAH



Seksyen 58. Penubuhan Mahkamah.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah dengan mengisytiharkan di dalam Warta Kerajaan menubuhkan Mahkamah-mahkamah Kadi di tempat-tempat yang difikirkan patut dan hendaklah menentukan kawasan bidangkuasa Mahkamah itu.

(2) Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah dengan mengisytiharkan di dalam Warta Kerajaan menubuhkan sebuah Mahkamah Rayuan bagi Negeri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.