ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN SURATAN
ANGGAPAN TENTANG SURATAN
Seksyen 64. Anggapan tentang Warta, akbar dan suratan lain.
Mahkamah hendaklah menganggap sebagai tulin tiap-tiap suratan yang berupa
Warta
Kerajaan Persekutuan atau
Warta
Kerajaan Negeri, atau sebagai sebuah akbar Jurnal atau majalah dan tiap-tiap suratan yang berupa sebagai suratan yang diarah oleh mana-mana undang-undang supaya disimpan oleh sesiapa jua, jika suratan itu disimpan pada asasnya secara yang dlkehendaki oleh undang-undang dan dikeluarkan daripada simpanan yang sepatutnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.