ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994


JADUAL KETIGA

JADUAL KETIGA

(Seksyen 31 (2))

IKRAR MENERIMA PERLANTIKAN

Dengan taufik dan hidayat Allah S.W.T., maka saya .............................. setelah dipilih menjadi ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, dengan ini berikrar bahawa saya dengan sedaya upaya saya, pada sebarang masa dan dengan penuh kerelaan hati akan menyumbangkan buah fikiran dan nasihat saya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dan kepada Majlis. Bahawa saya, secara tidak langsung mahupun secara tidak langsung, tidak akan membuka rahsia sebarang maklumat mengenai apa-apa perkara yang disampaikan kepada saya ataupun yang dibahaskan di dalam Majlis dan diamanahkan kepada saya untuk dirahsiakan, dan bahawa saya akan memelihara, melindungi serta mempertahankan pengajaran dan kehormatan Agama Islam.

..................................................
Tandatangan orang yang berikrar


Diakui di hadapan ..........................................

pada ..................... haribulan ............................. tahun ....................


Diluluskan pada 23hb Mac 1994.
[D231/23-1 Sulit; PU.Kn. 190/Jld.2.]

MOHD ZAINUDDIN BIN MOHAMED,
Setiausaha,
Dewan Negeri Kelantan




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.