ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN XI - PEMANSUHAN, PERKECUALIAN DAN PERUNTUKAN PERALIHAN



Seksyen 85. Pemindahan kuasa, hak, liabiliti dan kewajipan.

Tertakluk kepada Ordinan ini, segala kuasa, hak, kewibawaan, keistimewaan, kewajipan, liabiliti atau obligasi yang sebelum sahaja tarikh ditetapkan terletak hak pada atau dipertanggungkan kepada Majlis terdahulu hendaklah, pada tarikh ditetapkan, terletak hak pada dan dipertanggungkan, kepada Majlis yang ditubuhkan di bawah Ordinan ini, setakat yang ia tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Ordinan ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.