ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Am
Seksyen 13. Fakta yang menjadi qarinah apabila hak atau ' urf dipersoalkan
Jika soalnya ialah tentang kewujudan apa-apa hak atau
'urf
, maka fakta yang berikut ialah
qarinah
:
(a)
apa-apa transaksi yang dengannya hak atau
'urf
yang dipersoalkan itu telah diwujudkan, dituntut, diubahsuaikan, diiktirafkan, ditegaskan atau dinafikan atau yang tak selaras dengan kewujudan hak atau
'urf
itu;
(b)
hal-hal tertentu yang dalamnya hak atau '
urf
itu telah dituntut, diiktirafkan atau digunakan atau yang dalamnya penggunaan hak atau '
urf
itu telah dipertikaikan, ditegaskan atau tidak diikuti.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.