ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX
Darihal Pertuduhan



Seksyen 78. Bentuk pertuduhan.

(1) Tiap-tiap pertuduhan di bawah Kanun ini hendaklah menyatakan kesalahan orang yang dituduh itu dipertuduhkan.

(2) Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu memberi nama tertentu kepadanya, kesalahan itu boleh dinyatakan dalam pertuduhan itu dengan nama itu sahaja.

(3) Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu tidak menyatakan nama tertentu, tafsiran kesalahan itu hendaklah dinyatakan dengan jelas sehingga orang yang dituduh faham perkara yang dia dipertuduhkan.

(4) Undang-undang dan seksyen undang-undang tentang kesalahan yang dilakukan itu hendaklah disebutkan dalam pertuduhan itu.

(5) Nyataan mengenai pertuduhan dibuat adalah bersamaan dengan suatu kenyataan bahawa tiap-tiap syarat yang dikehendaki mengikut undang-undang bagi mewujudkan kesalahan yang dituduh itu telah dipenuhi dalam kes tertentu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.