ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 9 - Mempastikan Kebenaran Keterangan Saksi



Seksyen 129. Bila saksi boleh diminta bersumpah.

Apabila keadaan memerlukan atau pemeriksaan saksi sukar dilaksanakan atau defendan atau tertuduh membuat permohonan mahkamah memerintahkan saksi supaya bersumpah sebagai saksi yang bercakap benar, kerana terdapat keperluan untuk memperteguhkan keterangannya, mahkamah bolehlah mengarahkan saksi tersebut mengangkat sumpah dan mahkamah bolehlah memberi ingatan kepada saksi itu bahawa jika mereka enggan bersumpah keterangan mereka tidak akan diterima.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.