ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991
BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN
Seksyen 138. Jenis-jenis perlaksanaan.
(1) Suatu perintah perlaksanaan boleh mengarahkan bailif-
(a)
mendapat balik apa-apa jumlah wang yang kena dikembalikan dengan cara merampas dan menjual harta alih penghutang penghakiman itu; atau
(b)
menahan harta alih kepunyaan penghutang penghakiman yang berada dalam milikan atau kawalan pihak ketiga, selepas ini dipanggil
garnishee
, atau hutang yang perlu dibayar oleh
garnishee
kepada penghutang penghakiman; atau
(c)
merampas dan menyerah kepada pemiutang penghakiman mana-mana barang yang diperintahkan supaya diserahkan oleh penghutang penghakiman kepada pemiutang penghakiman; atau
(d)
menahan pendapatan penghutang penghakiman,
membuat mana-mana dua atau lebih tindakan tersebut.
(2) Tiap-tiap perintah perlaksanaan hendaklah menyatakan cara mana dari yang tersebut di atas yang ia mahu jelaskan dan boleh menentukan mana-mana harta yang berkenaan.
(3) Suatu perintah perlaksanaan lanjutan boleh dikeluarkan atas permohonan mana-mana pemiutang penghakiman jika ia adalah mengenai harta lain atau perlaksanaan secara yang lain dari yang telah disebutkan dalam perintah perlaksanaan yang sedang berkuatkuasa.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.